Saturday 2 November 2013

Trip to Padang bahagian 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


sambungan entri yang lepas.



Pada sebelah petang hari pertama trip ni, kami melawat ke Muzium Adityarama




Muzium ini mempamerkan kebudayaan dan adat pepatih di Minangkabau.






Ni pula permadangan di Teluk Bayu.

Jumpa lagi dientri yang seterusnya.

Tuesday 29 October 2013

Trip to Padang dan Bukit Tinggi Indonesia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Segala puji bagi Allah pemilik sekalian Alam.

Jauh berjalan, luas permandangan dan banyak pengalaman. 

Syukur kepada Allah,  diberi kesempatan untuk melawat ke negara jiran yang banyak permandangan cantik boleh dijadikan pengalaman manis untuk dikenang.


Perjalanan hari pertama 23 Oktober 2013.


Kami menaiki pesawat Air Asia jam 0755 dari LCCT dan sampai di Bandara International Minangkabau sejam kemudian. Cuaca sangat baik, penerbangan sangat lancar dan penuh dengan penumpang. 

Dari Malaysia kami telah menempah hotel melalui Agoda di The Sriwijaya Hotel Padang. Hotelnya kecil tapi selesa kerana tempatnya dijaga dengan rapi. Kelemahan penempahan melalui Agoda tidak dinyatakan jenis katil yg diminta pelanggan kepada pihak hotel. Hari pertama kami diberi twin beds. Hari kedua kami request doublebed.


Tempat makan hotel ini besebelahan dengan garden yang cantik dan bersih.

Kami menyewa sebuah teksi dengan bayar IDR400 000 untuk mengelilingi tempat-tempat menarik di Padang pada hari pertama.

Lokasi pertama yg dilawati
Pantai Air Manis dimana  terdapat  Malin Kundang yg disumpah menjadi batu kerana derhaka kepada ibunya.



Permandangan ke Pantai Air Manis.
 Malin Kundang yang telah menjadi batu.










Makan tengahari di Restaurant Sederhana dengan hidangan masakan Padang. Makanannya fresh dan kualiti memuaskan.


Bersambung ke bahagian seterusnya.